Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

@nurulainimoshidi

Kandungan Topik KPPB

Proses KPPB

Klik pada setiap langkah untuk maklumat lanjut.

1. Arahan

Terima Jadual & Lantikan Mengajar

2. Merungkai Kursus

Fokus pada Kejelasan

3. Merangkai Kursus

Guna Reka Bentuk Terbalik

4. Penyediaan PB

Sediakan soalan Pentaksiran

Tujuan Merungkai

1

Kejelasan Pembelajaran

Mencapai kejelasan (clarity) untuk pembelajaran yang lebih fokus dan terarah.

2

Urutan Perkembangan

Memahami urutan perkembangan pembelajaran pelajar secara logik dan berperingkat.

3

Kefahaman Holistik

Mendapat kefahaman menyeluruh terhadap standard kandungan kursus.

Langkah-Langkah Merungkai

Klik pada setiap langkah untuk melihat butiran.

Langkah 1: Kenal Pasti HPK

Proses ini bermula dengan merujuk kepada Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang terdapat dalam Maklumat Kursus (MK).

Langkah 2: Pengetahuan & Kemahiran

Setelah HPK dikenal pasti, kita 'memecahkannya' kepada dua komponen utama: Kemahiran (kata kerja) dan Pengetahuan (topik utama).

Langkah 3: Konsep Makro & Mikro

Kenal pasti konsep besar (Makro) dan sub-topik spesifik (Mikro).

Langkah 4: Perkembangan Pembelajaran

Susun pengetahuan dan kemahiran dalam urutan logik menggunakan formula: Kata Kerja + Sub Topik.

Langkah 5: Hasrat Pembelajaran & Kriteria Kejayaan

Nyatakan dengan jelas apa yang akan dipelajari dan bagaimana kejayaan itu diukur.

The Big Idea

"A big idea is a konsep payung that connects and gives meaning to discrete facts and skills."

Ciri-ciri Big Idea:

  • Merupakan idea utama sesuatu subjek.
  • Memberi 'A-ha moment' yang menyatukan pembelajaran.
  • Menjawab soalan "So what?"
  • Memerlukan 'uncoverage' (penerokaan mendalam).

Contoh Big Idea:

"Rai Persamaan, Hormat Perbezaan"

Setiap kursus MESTI ada big idea sendiri.

EQ (Soalan Pencetus)

"Soalan aras tinggi yang provokatif, tiada jawapan mudah, dan direka untuk merangsang pemikiran dan perbincangan."

Ciri-ciri EQ:

  • Tiada satu jawapan yang betul.
  • Mendalam dan merentasi kurikulum.
  • Menjana idea dan perbincangan baharu.
  • Memerlukan penaakulan aras tinggi.

Contoh EQ:

"Bagaimanakah kepelbagaian budaya memberi kesan kepada identiti negara?"

Tips Merungkai

🔴 Pengetahuan/Fakta (Kata Nama)

Ambil dari topik utama dalam kandungan kursus.

🔵 Kemahiran (Kata Kerja)

Ambil dari perkataan pertama dalam HPK.

🟣 Konsep - Makro

Lebih menyeluruh dan luas.

🟦 Konsep - Mikro

Ambil dari sub topik.

🟢 Perkembangan Pembelajaran

Formula: Kata kerja + Mikro

🟡 Hasrat Pembelajaran

Formula: Saya akan belajar + Mikro

🔺 Kriteria Kejayaan

Formula: Saya boleh + Kata kerja + Mikro

Sekian, Bahagian 1

Topik KPPB telah selesai.

Seterusnya: Objek Pembelajaran Digital (OPD)

SESI PERKONGSIAN

OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL (OPD)

Oleh: Nurulaini binti Moshidi

Apa Itu OPD-KPPB?

Definisi

Objek Pembelajaran Digital (OPD) adalah bahan pengajaran digital yang dibangunkan selaras dengan prinsip KPPB untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.

Konteks IPGM

Berdasarkan Model KPPB yang direka khusus untuk keperluan warga IPGM dan disesuaikan dengan kehendak semasa dalam PdP.

Ciri-ciri Utama

Sumber digital yang berkesan, menarik, dan menambah kecekapan. Ia merupakan pakej lengkap unit modul kecil yang boleh diguna semula (reusable).

Sokongan Dasar

Menyokong Dasar Pendidikan Digital (2023) dan merupakan salah satu inisiatif dalam Transformasi IPG.

Cadangan Isi Kandungan OPD

1.0 HOME

  • Pengenalan
  • Proses KPPB
  • Model KPPB
  • Maklum Balas

2.0 MERUNGKAI

  • Proses Merungkai
  • Borang Merungkai
  • Sumber & Aktiviti Sokongan

3.0 MERANGKAI

  • Pengenalan Subjek
  • Borang Merangkai
  • Big Idea, EQ, HPK
  • Tugasan PB

3.1 INTERDISIPLIN

  • Tugasan PB
  • Aktiviti Kuliah / Tutorial
  • Eviden Berkaitan

4.0 REPOSITORI

  • Repositori Bahan
  • Sistem Maklum Balas

5.0 METADATA

  • Maklumat Pensyarah

Kandungan Repositori

  • Pangkalan Data
  • Jurnal / Artikel
  • Pembelajaran Interaktif
  • Aplikasi AI

Metadata: Profil Diri

Tips & Contoh

Tips OPD

  • 1. Reusable
  • 2. Replicable
  • 3. Interactivity
  • 4. Accessible
  • 5. Metadata

Custom Size For...

CustomWidthHeightMeasurement
Gform Header1600400Pixel
Banner Website7220Inch
Buttons3.52.5Cm
PPT (Slide)107.5Inch

Penjana Templat KPPB

Gunakan alat penjana automatik untuk merungkai dan merangkai kursus anda dengan mudah. Klik butang di bawah untuk membuka aplikasi di tab baharu.

Buka Penjana KPPB

TERIMA KASIH

Semoga memberi manfaat kepada semua pensyarah.

@nurulainimoshidi